My full name is Norsitianum Binti Noor Wahid. Just call me Anum. i dilahirkan pada Ogos 11,1986 in Simpang Rengam, Kluang, Johor. Mempunyai 5 orang adik beradik and i anak yang ke 2. Atas kakak, bawah adik lelaki, perempuan and lelaki. Untuk ruangan adik dah cukup. Adr lelaki and perempuan. P untuk ruangan yang atas, adr kurang 1..i nak adr abang..!!! Sob..sob..sob.... P tak pe2lah, i dah pun adr abang ipar.. And yang paling best, tentunyerr sebab i pun dah adr 'abang' cayang..huhuhu. His name is Mohd Sofian Bin Samingan. Dialah dunia baru i after my lovely family. i sayang sangat-sangat kat dia.. Kenapa i kata macam 2? Sebab dia best.......... Huhuhu.. And inilah kisah kami...... Taraaaaaaa...

Jumaat, 19 Februari 2010

...++ Cerita Kosong di Hari Jumaat ++...

Salam semua... (^_^)

This morning, i dapat nasi lemak + cucur udang free.
Jangan jealous naaa... Huhuhu..

Kawan my Mum yang jual kueh tepi jalan masuk kawasan taman perumahan i ni yang bagi.
p/s Thanks ea Cik Ani. Laen kali bagi lagi tau.. Kikiki..

Dari pagi tadi i sibuk dengan kerja. Lepas satu kes, ke satu kes yang lain. Costumer datang kena layan and kerja-kerja kena tinggal. After dah settle hal ngan costumer baru leh siapkan kerja lagi.

Ni dah tengah ai camni, baru i dapat rest sikit. And baru teringat akan makanan free yang i dapat tadi. Hehehe..

Jemput makan, semua..
Nyum, nyum, nyum.......sedapnyerr... Huhuhu..

Tadi malam tengok cite kat tb 3.
Slot terbaru Seram, Penunggu Gunung Raya.
Pelakon utama : Azizan Nin sbg Azam
Emelda Rosmila sbg Intan
Fouziah Gous sbg Mas
and lagi sorang pelakon yang pegang watak Omar tu, i tak sure nama dia. Anybody yang tau, hope dapat imform pada i ye..

Jalan cerita berkisar tentang 4 orang yang berlainan (watak-watak diatas) yang mendapat mimpi yang sama selama 3 minggu berturut-turut. Mimpi tu tentang sebuah perigi, kawasan hutan dan sebuah pokok tua.

First sekali, Azam.

Dia ni seorang penulis. Sejak akhir-akhir ni, tidur dia ni sentiasa diganggu dengan mimpi-mimpi yang menakutkan. Berlarutan selama 3 minggu. And dia diganggu oleh makhluk seorang wanita yang i sendiri tak berapa pasti siapa wanita tu, apa hubungan dia dengan Azam and kenapa dia ganggu Azam. P dia panggil Azam, Honey..

Erm......

Akibat tidak tahan diganggu, Azam telah pergi bertemu dengan seseorang yang pandai dalam hal-hal gangguan ni. Sampai je, dia terus ceritakan apa yang berlaku. And, anehnya orang yang dia jumpa tu, tahu akan apa yang terjadi pada si Azam ni.
Masa dia pegang tangan Azam, dia boleh nampak semua yang ada dalam mimpi si Azam ni. Dengan rasa ketakutan, dia bagitahu Azam bahawa Azam ni berada dalam bahaya. Selain dia ada 3 orang lagi yang turut terlibat.

Dalam keadaan yang kelam kabut tu, tiba-tiba je muncul makhluk wanita yang menggangu Azam ni. Orang yang cuba bantu Azam ni, cepat-cepat suruh Azam pandang dia. And dia ambil segelas air dan bacakan sesuatu ke atas air tu.Lepas tu, dia semburkan air tadi pada Azam. Tapi, yang kelihatan hanyalah darah. Masa keadaan tengah panik tu, orang tu suruh Azam lari. Azam lari and i pun tak tahu apa yang terjadi pada orang yang cuba bantu Azam tuh.

Secondly, Intan.

Dia ni baru je mendirikan rumahtangga. Macam Azam, dia pun diganggu oleh mimpi yang sama selama 3 minggu sudah. Husband si Intan ni nasihatkan Intan ni, bahawa mimpi tu semua adalah mainan tidur dan gangguan syaitan. Sebab terlalu takut, Intan ni jadi bengang. Dia tanya pada suami dia. Kalau gangguan syaitan, kenapa syaitan nak ganggu dia. Husband dia ni yang memang seorang yang tahu akan bab-bab agama, cuba menenangkan si Intan ni.

Keesokkan harinya, Intan ngan husband dia ni keluar. Nak g mana, i tak tahu. P deorang parking berhenti kat tepi jalan sebab husband dia nak keluarkan duit.
Sebelum husband dia keluar je dari kereta, Intan ni ada cakap kat husband dia supaya tak tinggalkan dia. Namun, tak sangka.. lepas je husband dia dah keluarkan duit, masa nak jalan g kat kereta, husband dia kena ragut and peragut tu kelar leher husband dia.

Masa kat hospital, Intan ni ditegur oleh seorang makcik yang duduk kat sebelah katil dia. Makcik tu kata dia dalam bahaya. Dia tanya makcik tu, macammana makcik tahu. And makcik tu cakap, 'dia' yang bagitahu sambil menunjukkan ke arah dinding. Bila si Intan ni toleh je arah yang makcik tu tunjuk tadi, terkejut dia sebab ada satu makhluk menakutkan sedang pandang ke arah dia. Terus dia menjerit dan lari keluar dari bilik hospital tu. Doktor yang menyedari situasi tu, terus datang ke arah Intan dan cuba tenangkan dia. Masa doktor tu bawak si Intan ni balik kat katil dia semula, lagi sekali dia terkejut sebab katil kat sebelah katil dia tadi yang ada makcik tu, sebenarnya kosong tak de orang pun. Intan ni mulalah meraung minta supaya dihantar balik. P doktor ni terus suntik ubat penenang untuk tidurkan si Intan ni.

Thirdly, Omar.


Omar ni selalu buat panggilan kat Azam. Tujuan dia supaya Azam datang kepada dia. Satu hari, Azam datang berjumpa dengan si Omar ni. Mula-mula dia marah. P selepas Omar terangkan kenapa dan mengapa, barulah Azam tahu yang Omar ni pun kena kacau jugak macam dia. Omar bagitahu yang selain dia dan Azam, ada lagi dua orang perempuan yang diganggu perkara yang sama jugak.
Azam tegur si Omar ni sebab dia asyik batuk-batuk dan batuk dia mengeluarkan darah. And Omar ni bagitahu dia jadi macam ni selepas diganggu oleh mahkluk yang mengganggu mereka.

Tiba-tiba Omar ni muntah dan mengeluarkan cecair berserta ulat. Azam jadi terkejut sangat and lepas tu baru dia semakin yakin ngan kata-kata Omar.


Fourdly, Mas.

Mas ni sedang melarikan diri atas sebab dia ni dah bunuh kekasih dia iaitu seorang datuk. Sebabkan rasa takut, dia cuba melarikan diri. Sampai di satu kampung, dia diganggu oleh seorang lelaki. P mujurlah ada seorang pakcik ni yang selamatkan dia dengan berpura-pura seolah-olah kenal dengan si Mas ni. Oleh kerana merasa yang pakcik tu boleh dipercayai, Mas pun mengambil keputusan untuk menumpang lori pakcik ni lari ke tempat lain. Pakcik ni setuju untuk bawa dia sekali sebab kebetulan pakcik ni nak g Butterworth.

Masa dalam perjalanan, keluar berita tentang pembunuhan seorang datuk melalui radio lori pakcik tu. Pakcik tu cuba untuk berbual-bual ngan si Mas ni tentang berita tu. P si Mas ni ambil endah tak endah. Atas sebab tak nak pakcik tu tahu bahawa dialah orang yang sedang dicari polis berhubung kes pembunuhan datuk tu, dia pun terus tutp radio lori pakcik tu and tidur.

Melihatkan tu, pakcik ni pun mula syak sesuatu yang tak kena.Masa Mas ni tidur, pakcik tu telefon seseorang. Sedar je dari tidur dia, Mas terkejut sebab kaki ngan tangannya telah diikat. Dia meronta minta dilepaskan. Kemudian datang seorang lelaki bersama pakcik tu. Dengan selamba, pakcik tu pun kata yang dia tahu yang Mas lah orang yang telah membunuh datuk yang dimaksudkan melalui radio tadi. Mas panik. Lelaki yang bersama pakcik tu hulurkan bungkusan berisi wang dan lepas tu pakcik tu pergi

Mas ingatkan lelaki tu adalah ahli keluarga datuk yang dia bunuh tu. Rupa-rupanya, lelaki tu adalah Omar. Omar membawa Mas ke tempatnya dan menceritakan tentang kaitan antara mereka. Dalam masa yang sama juga, Azam sampai dengan membawa Intan. Intan ni, Azam culik masa dia ngah kat hospital tadi lepas doktor yang merawat Intan ni bagi ubat penenang pada dia.

Bila semuanya ada, Omar pun ceritakan kaitan antara mereka berempat serta mimpi yang sering menghantui tidur mereka.

And then...... to be Continued..
Hohoho..


Hui, panjang lebar i ceritakan tentang apa yang i tengok dalam episod 1 Penunggu Gunung Raya ni.. Huhuhu.

Cite ni i rasa memang best. Kualiti dia dah macam filem. i yang memang sedia maklum minat cerita-cerita macam ni apalagai, makin seronok and feel la layan cerita ni. Hehehe.. Tak sabar neh nak tunggu sambungan dia Khamis minggu depan. u all nak tahu sinopsis cite nih?? Ok, let's read..

**************************************************
Mengisahkan sebuah mimpi misteri yang sering menghantui empat individu, Azam, Intan, Mas dan Omar yang sebenarnya terikat dengan kisah silam masing-masing. Kisah bermula dengan Azam (Zizan Nin) seorang penulis novel seram yang terkenal tetapi kehidupannya kusut akibat sering diganggu oleh jelmaan bekas teman wanita yang telah membunuh diri kerana terlalu kecewa selepas putus cinta dengannya. Intan (Emelda Rosmila) pula seorang janda muda yang baru kematian suami dalam sebuah kemalangan jalanraya dan dirundung resah gelisah kerana merasakan kandungannya bukan anak manusia. Manakala Mas (Fouziah Gous) pula diburu rasa ketakutan dan bersalah setelah membunuh kekasihnya, Datuk Kadir. Hidup Mas pada dasarnya nampak bahagia kerana dilimpahi kemewahan selepas menjadi perempuan simpanan ahli perniagaan berjaya. Namun, hatinya sentiasa tertekan lantas mengambil tindakan drastik dengan membunuh kekasihnya sendiri. Berbeza pula dengan Omar (Sahee. D), seorang pemaju hartanah yang hanya mementingkan keuntungan dan sanggup membuat apa sahaja untuk mencari kekayaan. Malangnya, Omar terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sejak cuba menerokai kawsan di Kampung Gunung Raya. Mimpi-mimpi aneh inilah yang akan menyatukan kembali empat sahabat yang sudah lama terpisah hingga pulang ke Kampung Gunung Raya. Ketika masih kanak-kanak, mereka berempat selalu dibuli oleh anak ketua kampung, Dayak (Atta Imran). Suatu hari, mereka memperdayakan Dayak ke perigi berhantu yang terletak di tengah hutan. Dayak terjatuh dan mati. Tanpa diketahui, darah Dayak telah membebaskan iblis iaitu Penunggu Gunung Raya yang dikurung dalam peti kuno di bawah perigi. Atas tunjuk ajar Lebai Awang (Rahhim Omar), mereka berjaya menumpaskan iblis tersebut. Namun, hasil daripada kejadian tersebut telah menyebabkan mereka hilang ingatan dan dihantar ke bandar bagi memulakan kehidupan baru. Namun, Tok Sumun (Rosli Sako) berasa sangsi akan kematian anaknya dan mahu menuntut bela. Maka, Tok Sumun telah menyeru kepada Penunggu Gunung Raya untuk terus mengganggu pembunuh anaknya. Setelah sekian lama, Azam, Intan, Mas dan Omar kini merasakan nyawa mereka terancam selain diburu rasa ketakutan atas dosa yang dilakukan. Segala misteri dan rahsia asal usul mereka bakal terungkai. Siapakah Lebai Awang sebenarnya dan apakah dendamnya dengan Mak Leha (Ibu Aida) yang telah mengasaskan Kampung Gunung Raya? Haa..tulah cite kosong yang i nak share with u all.
Hehehe..
Daaaaaaaaaa.......



best regards,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan