My full name is Norsitianum Binti Noor Wahid. Just call me Anum. i dilahirkan pada Ogos 11,1986 in Simpang Rengam, Kluang, Johor. Mempunyai 5 orang adik beradik and i anak yang ke 2. Atas kakak, bawah adik lelaki, perempuan and lelaki. Untuk ruangan adik dah cukup. Adr lelaki and perempuan. P untuk ruangan yang atas, adr kurang 1..i nak adr abang..!!! Sob..sob..sob.... P tak pe2lah, i dah pun adr abang ipar.. And yang paling best, tentunyerr sebab i pun dah adr 'abang' cayang..huhuhu. His name is Mohd Sofian Bin Samingan. Dialah dunia baru i after my lovely family. i sayang sangat-sangat kat dia.. Kenapa i kata macam 2? Sebab dia best.......... Huhuhu.. And inilah kisah kami...... Taraaaaaaa...

Jumaat, 26 Februari 2010

...++ Untuk Dia ++..


Kehadirannya dalam hidupku
Memberi spirit yang tersendiri
Memang dia bukan penjaga yang bisa menemaniku 24 jam
Tapi kerana dengan apa adanya dia
Membuatku menyayanginya
Membuatku ingin memberikan yang terbaik untuknya.

Aku merasa sayangku padanya
Semakin bertumbuh setiap detik
Dan kian berakar dalam hatiku.

Ya ALLAH,

Mohon redhai hubungan kami ini
Agar aku menjadi wanita yang terbaik baginya
Dan dia lelaki terbaik didalam hidupku.

.....Amin.....

**************************************************

Uik????

Nape nih???

Nape hari ni i jadi seorang yang jiwang pulak???

Huhuhu..

Nothing.

Actually, semalam telah berlakunya perselisihan faham between my Pian and Me.

Dia marah sangat kat i. P i tetap ngan pendirian i yang kata-kata i adalah betul and dia patutnya terima.

But, lain pulak yang jadi.

And finally, kitaorang bermasam muka dek kerana nak pertahan ego masing2.

Erm, perlu ke ada ego??

Yess, perlu coz i tetap yakin yang apa yang i katakan pada dia adalah betul..!!

P dia nih degillah..!! Sibuk sangat kata yang i ni degil and suka ikut emosi sendirik. P dia tuh....???

Itu tak degil ke tu??

Tak ikut emosi sendrik ke tuh??

Ish......!!! Geramnyerrrr..!!

Sudahnyerr, malam tadi langsung my Pian tak call @ mesej i.

Ada ke patut??

Tak patut, tak patut....

......................Erm....................

P walaupun macam tuh, i tetap sayang dia.

And ai ni, kitaorang dah tak gaduh dah. Cuma dia je yang masih terbawak2 hal semalam.

P i tak kisah, pedulik hapa i.

i tetap gak buat cam biasa and petang nih, dia nak datang jumpe i..!!

Huhuhu..
p/s Eleh, meajuk konon.. P sibuk gak nak datang sini.. Blah r, Pa..Hehehe..
Ma tau, Pa indu Ma kan...... Lalalaa..


best regards,

...++ Salam Maulidur Rasul ++...



.....Salam Maulidur Rasul to u all.....


best regards,


Rabu, 24 Februari 2010

...++ Satu Hari Ketika Interview ++...

...Hii aLL...

Dalam masa-masa yang tengah lapang nih, i nak story about my interview isnin kelmarin.

....Erm....


**************************************************


Jawatan Dipohon :
Pembantu Pengurusan Murid

February 22, 2010 - Monday


Lokasi :
Kompleks Kementerian Belia & Sukan, Johor

Masa interview yang dinyatakan dalam surat adalah jam 0800 am.

**************************************************

P i sampai sana jam 8 lebih. Lebih berapa tu, i tak sure coz i tak leh nak fokus disebabkan rasa gementar yang menguasai saat tuh.

Dengan ditemani my Dad, my Mum and anak buah i (my Pian nak hantar, p dia kena g KSDC), we all bertolak jam 0715 am dari rumah.


Masuk highway Simpang Rengam, perjalanan berjalan dengan lancar.

Namun...
Sampai je kat susur keluar yang dekat dengan Kampung Melayu Pandan tuh..

Peh......

Jalan jem gilerr !!


Time orang nak g kerja. Lagi pulak, ada jalan yang tengah dalam pembinaan.

i dah rasa tak senang duduk da masa tuh..

Kepala dah naik pening coz bila da jem, tentunya kereta akan jalan berhenti, jalan berhenti.


i memang tak boleh betul berada dalam situasi macam tuh.


P walaupun kepala ngah noneng2.. Sempat gak i snap pic lam kereta. Hehehe.
.

it's Me yang konon2nyerr ngah pening kepala.. Kikiki..



Masih mampu tersenyum.. Lalala...



Haa..ni baru tol muka tension ngan kepala yang tengah noneng. Hahaha..


P my Dad, dengan penuh berhemahnya tetap
meneruskan pemanduannya dengan sabar. Huhuhu..


Setelah mengharungi traffic jem yang cukup padat tuh...

Finally, i sampai jugak at Kompleks Kementerian Belia & Sukan sekitar jam 8 lebih.


i diturunkan dihadapan pintu masuk utama bangunan kompleks oleh my Dad, and lepas tuh my Dad terus tinggalkan i..


....Waaaaaaa....

i telah ditinggalkan keseorangan...


P tak pe, berbekalkan semangat yang telah dikobar-kobarkan oleh my Pian sejak malam sebelumnya, i melangkah gagah masuk ke dalam bangunan kompleks tu.. Huhuhu.


Namun, walau segagah mana pun langkah i, i tetap rasa sedih.


i toleh kiri kanan, semua calon yang hadir ditemani oleh family deorang, boyfriend, fiance and husband serta anak-anak deorang.


P i????

Sebatang kara je kat situ.


P pe2 pn, i tak kisah my Dad and my Mum tak tunggu i. Sebabnyerr i da besar, and i mesti berdikari. Huhuhu.. Lagipun, my Mum bawak anak buah i.. nanti lau tunggu i lama-lama, meragam pulak budak kecik tu nanti.
Jadi, my Dad bawak my Mum and anak buah i pusing2 Jay Bee.

So, i memang tak kisah....


Hehehe..


Tapi naseb baiklah kan..

Masa tengah tunggu giliran nak daftarkan diri, time i toleh kiri kanan tengok gelagat orang2 kat situ..
Tiba-tiba pandangan i tertancap pada seseorang.

Tanpa membuang masa, dengan senyuman yang dah mula terukir..


Shida.. !! Panggil i


Seseorang tu toleh, and... Yess !!


i jumpa kawan lama i masa sekolah dulu.
Hahaha..

Setelah lama menghilang, kat sini jugak kitaorang bertemu kembali.
Kikiki.. hati i dah mula berbunga-bunga sebab dah ada geng !! Hehehe..

Okey, cerita tentang interview.


Masa nak daftarkan diri tu, i hampir-hampir nak menangis sebab nama i tiada dalam senarai calon. Puas i inform nama penuh i, tapi still tak jumpa.

Mujur, ada salah seorang pegawai yang terlibat tu, tanya berhubung dengan surat panggilan temuduga and i pun tunjukkan.

Oo..patutlah tak jumpa. Nama kat surat ni lain ni dik.

Tulah, kak. Nama saya Norsitianum tapi kat surat tu tulis Norsitiam.

Dah..semua pegawai2 kat situ gelak.

Siapalah yang buat ni. Kata salah seorang pegawai kat situ.

Kalau Norsitiam, dah lama dah nama tu ada kat sini,dik..

i senyum jerr. Bengang pun ada.

Lepas tu, tandatangan.

After we all daftar, we all diminta untuk menukar pakaian ke pakaian sukan.
And after we all dah bertukar (bertukar...!! hahaha) we all masuk ke dalam dewan kompleks.

Penerangan ringkas diberikan oleh pegawai yang terlibat and we all kena jalani ujian kecergasan.


Erm, kenapa mesti buat ujian kecergasan sedangkan jawatan yang dipohon adalah Pembantu Pengurusan Murid??


Don't ask me, okey..


i pun tak tahu.


Perjalanan ujian dilakukan dengan pembahagian calon kepada 2 kumpulan. First group buat ujian diluar dewan dulu and second group jalani ujian yang kat dalam dewan.
i dalam second group.

Antara ujian yang dilakukan dulu oleh my group :


Tekan tubi


Lari 4x100 m


Lompat jauh berdiri


And ada lagi 2 ujian yang i da tak berapa nak ingat ujian apa.
After settle ujian didalam dewan, we all beralih ke ujian diluar dewan.

Lari 2.4 km


Wow..!!


i da lama tak buat larian macam nih.


Oleh kerana kawasan kompleks tidak berapa luas, jadi larian 2.4 km tuh, menjadi larian 7 pusingan mengelilingi kawasan yang telah ditetapkan didalam kompleks tersebut.


Adeh....

Penat gilerr lah.


Rasa macam nak tercabut kaki.


i memang dah lama tak buat aktiviti2 macam nih sejak bertahun-tahun meninggalkan alam persekolahan.


Peh....


Kepala pun memang naik pening balik.


Dengan cuaca yang memang tengah terik skang nih..


Hui, i tak tahulah caner nak explain kat u all.


Namun yang pastinyerr, walaupun situasi i macam tuh..

P dengan bangganyerr i nak jerit kat u all yang....

i berjaya menghabiskan larian 7 pusingan tanpa henti !!!!!


Yea, yea....!!


Well done, Anum !!!
Huhuhu..

Larian 7 pusingan tu, acara akhir bagi ujian kecergasan.


Selesai je, we all kena tukar balik pakai baju kurung untuk sesi temuduga pulak.


Alahai.... i kata dalam hati.


Badan dah berpeluh habis, make up tentu2 dah cair.
Mesti tak selesa.

P nak tak nak kena tukar jugak. So, we all pergilah bertukar ke asal. Hehehe..

Sebelum bertukar, sempat gak baring2 kat dalam surau. Kena angin kipas..


Sedapnyerr dapat angin..

P tak boleh nak lama-lama, masa tak tunggu..


And i kena pantas untuk siapkan diri untuk sesi temuduga yang sebenar pulak.


Bila dah siap bertukar, sempat lagi i snap pic. Hehehe..


i ngan Shida kat dalam surau..



Kat luar surau.. Dah nak g interview..



Masih sempat snap lagi.. Huhuhu..

Untuk interview sebenarnya, we all kena daftar sakali lagi. Terbahagi kepada dua group jugak. Bilik 1 & 2.
And i dapat bilik 2 sama2 ngan Shida..


Cek nama tok interview..


Wat persediaan sikit2.. Semak mana yang kurang. Imej pun kena jaga.. Tudung kena betul.. Huhuhu...


Calon2 dibilik 1..


i yang sedang menunggu giliran.. Hehehe..


Setelah hampir 3 jam menunggu, akhirnya giliran i pun tiba.

And i tetap bernasib baik kerana mendapat tempat di bilik 2.
Sebabnyerr, bilik 2 ni.. calon yang ditemuduga adalah berdua. So, masuk dua orang sekaligus. i masuk ngan Shida.

Lebih kurang jam 1230 pm barulah sampai turn kitaorang dari jam 1030 am kitaorang tunggu.

Sebaik nama dipanggil, calon2 yang masih menunggu giliran wish gud luck kat kitaorang.

Thanks, all...

*************************************************


Didalam bilik temuduga.

Panel penemuduga terdiri daripada 2 orang pegawai. Kedua-duanya lelaki.


Penemuduga 1 : Ok, kamu Norashidah?

Shidah : Ya.

Penemuduga 1 : Kamu, Nor....sit..

i : Norsitianum, Encik (i bantu)


Penemuduga 1 : Tapi kat sini.. (merujuk kepada senarai nama yang ada)


i : Kat situ ada berlaku kesilapan, encik. Nama saya Norsitianum Binti Noor Wahid. Tapi pada kertas tu tertulis, Norsitiam.

Semua ketawa.

Penemuduga 1 & 2 : Aik, betul ke ni?

i : Betul, Tuan.


Penemuduga 2 : Bawak surat panggilan?


i : Bawak. (i tunjukkan surat panggilan interview. Dalam hati, mesti deorang ingat i salah datang. Sepatutnya orang lain, p i datang. Hampeh tol..)

Penemuduga 2 : No ic betul?

i : Betul, Tuan.

Penemuduga 2 : Alamat rumah betul?

i : Betul, Tuan.

Penemuduga 2 bukak fail sijil i. Tengok ic i. And....

Penemuduga 2 : ic dah teruk ni, dik.. Nanti balik tukar ic.

i : Baik, Tuan.
i tetap senyum.

Penemuduga 1 : Ok, kenalkan diri masing2. Umur, Latar belakang keluarga, Pendidikan, Status.

i diam. Shida pun diam. Tak tahu siapa yang nak mula dulu. Dah macam tu..

i : Nama penuh saya Norsitianum Binti Noor Wahid. Dilahirkan di Simpang Rengam, Johor. Berumur 23 tahun.


Penemuduga 1 : 23 tahun? Ni dalam ic?

i : Ikut ic sepatutnya dah 24. Tapi ikut bulan belum lagi, Tuan.

Penemuduga 1 : Oo, ni kira 23 lah ni..

Penemuduga 1 & 2 senyum.

Penemuduga 1 : Ok, teruskan.

i : Saya merupakan anak kepada seorang pesara tentera. Pendidikan tertinggi saya adalah STPM iaitu pada 2005 dalam aliran Sastera. Status diri adalah bujang, Tuan.

Penemuduga 1 : Ada STPM ye.. Ok.. Status bujang.. Ok..
i senyum lagi.

Penemuduga 1 : Ok, kamu pulak Rashidah.


Shida : Nama saya....bla....bla....bla....bla..........


Penemuduga 1 : Ok, sekarang beritahu saya tentang kelebihan yang kamu ada. Kelebihan yang ada pada diri kamu.


i diam. Kononnyerr nak bagi Shida mula dulu. Tapi dia pun diam. Dia da diam, i pun bersuaralah..

i : Ok, saya mempunyai......


Tiba-tiba..


Penemuduga 1 : Ok, berhenti kejap. Asyik kamu je yang bercakap, bagi dia pulak yang cakap dulu. (Sambil menunjuk ke arah Shidah. Lam hati i, hampeh tol la.. Da diam takkan i nak diam jugak)


Shida : Saya.....bla..bla..bla......


Penemuduga 1 : Ok, sekarang baru giliran kamu.

i senyum je lagi.

i : Saya mempunyai kelebihan yang terserlah dalam bidang Bahasa Melayu. Saya minat sastera, saya suka pantun, bersyair, bersajak, berlakon, mengarang cerita selain saya suka bercerita. Saya juga seorang yang kreatif. Saya suka menghasilkan sesuatu daripada bahan terbuang. Saya amat sukakan kanak-kanak. Dirumah, saya bantu Mak saya menjaga anak kakak saya. Saya suka bermain dengan mereka kerana saya suka membuatkan diri saya berada didalam dunia mereka. Saya suka suasana hepy and saya suka bila mereka ketawa. Jadi, jiwa saya serasa amat dekat dengan kanak-kanak. Selain itu, saya juga amat mahir dalam bidang komputer. Saya mempunyai sijil komputer usahasama dengan Universiti Putra Malaysia. Saya amat cemerlang dalam penggunaan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Excell, Access, Power Point dan internet.
(Panjang lebar i jawab berbanding Shida. Promote diri sendiri. Huhuhu)


Penemuduga 2 : Ok, sekarang ni saya nak tengok kamu berdua menyanyi. Menyanyi lagu kanak-kanak.


Shida kena mula dulu and dia nyanyi lagu 1 labah-labah.


i??


Kakaka...


i nyanyi lagu Tepuk Amai2 jek.. Kepala dah blur. Tak tahu lagu apa nak nyanyi. And lagu Tepuk amai2 je yang i ingat. i siap buat gaya and goyang-goyang badan ag.. Kakaka...

Penemuduga2 tu, ketawa jek.

Penemuduga 2 : Ok, ok.. tadi kita dah heppy2.. Skang kita sedih pulak. Saya nak kamu berdua berlakon. Ok, kamu.. (tunjuk ke arah i) Bayangkan Rashidah adalah seorang kanak-kanak. Dia merajuk dan menangis. Sekarang, kamu sebagai guru..kena pujuk dia.


i tarik nafas panjang. Dalam hati, pe i nak buat neh..

i bangun dari kerusi dan menuju ke arah Shida yang jarak kerusi dia tak jauh dengan i.

i : Shida, shida... Kenapa duduk dekat sini..? Kenapa tak ikut kawan-kawan pergi padang? Semua pergi sana. Takkan Shida nak duduk sini sorang2....bla..bla..bla......

Penemuduga2 senyum-senyum jek.
i ase nak gelak pun ada, p tetap buat-buat serius.

Selesai lakonan i, giliran Shida pulak jadi guru and i jadi murid.

Masa Shida nak pujuk i, i buat muka merajuk. i jeling dia, i tarik muka and tolak-tolak tangan dia.


u all tau??


Penemuduga2 lagilah gelak besar kat i.
i nak gak join ketawa, p tetap jugak cuba berlagak serius. Hehehe...

Selesai sesi yang itu, beralih pula ke pengetahuan am.

Nasib baik lagi sekali, soalan yang ditanya tu tak susah and senang untuk dijawab. Mujur i tahu.

Antara soalan yang ditanya :

Berapa daerah yang terdapat di Negeri Johor?

Jawapan : 9


Siapa Dun Simpang Rengam?

Jawapan : Dato' Haji Abdul Hamid Bin Abdul Rahman.


Soalan-soalan berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Antaranya :


Jawatan apa yang kamu sedang mohon?

Jawapan : Pembantu Pengurusan Murid


Apa yang kamu tahu tentang bidang tugas jawatan tersebut?

Jawapan : (Mengikut kefahaman i) Sebagai pembantu kepada guru dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan murid.


And ada beberapa lagi soalan2 sampingan.


Setengah jam jugaklah kat dalam bilik temuduga tu.


Selesai semuanya..


Penemuduga 2 : Ok, kamu berdua boleh ambil semula fail masing2. Terima kasih.

i : Terima kasih, Tuan.


**************************************************

Fuhhh...

i hela nafas panjang sebaik je i keluar dari bilik temuduga tuh.


Peh....

Lega gilerr....


Yea, yea......!!!
Dah lepas....
Huhuhu..
........

Alhamdulillah........


Selesai dah acara temuduga i.


Harapan??


Erm, itu mesti ada. i dah try my best and now, adalah masa untuk berdoa dan tawakal.

Insya-Allah.....


Abah, Anum dah siap ni. i call my Dad.


Ok, Abah kat depan ni. Jalan depan sikit. Jawab my Dad.


And i bertolak balik lebih kurang jam 0145 pm.


Sampai je kat Pekan Simpang Rengam, i terus g buat ic baru kat JPN.. Hehehe..


Penat sey..........

Sampai ke hari ni masih terasa penatnyerrr...

p/s i dapat kawan baru. Ema, Asma and Dea. Pic tak sempat nak ambil sebab we all terpisah dalam sesi temuduga sebenar. P i dapat fon no deorang.. To u all, t kita contact2 k..


best regards,



Sabtu, 20 Februari 2010

...++ Berita Terkini ++...

.....Yuhuuuuuu.....
..Hehehe..

Semalam dah jadi kenangan and ai ni akan jadi semalam.

Erm, what's that??
Ntah lah, i pun tak tahu apa yang i nak maksudkan tuh.. :P

Meh sini, i nak story about yesterday.
Semalam petang, my Pian datang opis i. Sesaja jalan-jalan. Bowink kata dia. Eleh, padahal indu kat i..p tak nak ngaku, dia cakaplah dia bowink.. huhuhu..

My Pian tunggu sampai i habis kerja and memandangkan dia dah ada, i minta tolong dia hantarkan i ke rumah Ketua Kampung, En Rosli coz i nak minta cop pengesahan sijil.

Ops...!! This Monday, i ada interview at Kementerian Belia & Sukan.

Sijil-sijil semua dah ada and lengkap. i dah susun baek punya dalam fail.

P, satu je yang masih kurang....
i kena bawak pakaian sukan yang lengkap. P baju tak de nih.. i sibuk sejak dua menjak nih.. Memang tak ada masa langsung nak g shopping.
Sometimes, untuk diri sendiri pun i tak ada masa rehat.

Erm,
Caner??

Tiba-tiba datang 1 idea lam otak i nih.

..........Jeng, Jeng, Jeng..........

My lovely Mum kan ada..
Huhuhu..
Nampaknya Mak lah yang akan jadi mangsa i untuk i minta tolong carikan baju.. Hehehe..
Yelah, daripada Mak duduk je kat umah..baik mak tolong, Anum..
Leh ye, Mak....
Erm, don't worry, Num..

Tak pe..
My Mum sayang i..
Hihihi..

Nanti malam i akan suarakan cadangan tok minta tolong ngan my Mum.
i percaya, my Mum mesti setuju habes punya.. Lalala...

i bukan apa, i busy sangatlah sejak dua menjak ni.
Sometimes, masa untuk diri i sendiri pun i tak ada.

Ciannyerr, i...

P tak pe..
i percaya yang Mak i mesti akan tolong anak kesayangan dia nih.. Hehehe..

..Cayang and cayalah, mak.. Kikiki..

Oh ye, sebenarnya i nak cerita about my Pian semalam.

Sejak perbincangan about wedding i and my Pian yang mungkin akan ditangguhkan, my Pian seboleh-bolehnya nak mengelak dari jumpa my Dad and my Mum.

Segan, kata dia.
Lam hati i, Eleh...

Nak dijadikan cerita, semalam lepas je i dapat cop pengesahan dari Ketua Kampung, my Pian pun hantarlah i balik.

Sampai je depan rumah, tengok teksi Abah ada. i jeling sekilas kat dia. Nampak macam cuak jer muka dia. Lam hati i, Huhuhu...

Dia berhentikan kereta betul-betul belakang teksi Abah i.
i pun dengan buat lambat-lambatnya turun dari kereta dia.

i tahu dia geram.
P i buat donno je..

i keluar je dari kereta dia, my Mum pun tiba-tiba muncul sambil mendukung anak akak i @ cucu my Mum.
So, nak tak nak my Pian kena gak keluar jumpa and salam my Mum.

i gelak besar je tengok dia. P dalam hati la..
Huhuhu..

Pas tu, my Mum cakap ngan i yang my Dad nak jumpa my Pian.
P kena tunggu lepas sembahyang Maghrib la coz my Dad nak g surau.

Namun, belum sempat i suarakan hajat my Dad pada my Pian, dia pun sibuk da nak balik..
i suruh tunggu, p dia tak nak..
Eleh, takut la tuh..

Oleh kerana, bersungguh-sungguh dia nak balik, i pun ngan muka poyonyerr kata, Ok.
P lam hati, geram gak.

So, tak kesampaianlah niat my Dad nak jumpa my Pian malam tadi.
P i tak salahkan my Pian pun.. Sebabnya dia tak tahu pun my Dad nak jumpa dia.

i bukan apa, i kesian gak kat dia.

P, tak pelah..insya-Allah i akan handle problem ni slow-slow..

To my Dad, be patient k..

To my Pian, caner sekalipun.. Abah dah cakap yang majlis tu akan jadi jugak tepat pada masanya.

To Me.....

Yesss !!!

Hahaha.. Cayang, Abah..


best regards,

Jumaat, 19 Februari 2010

...++ Cerita Kosong di Hari Jumaat ++...

Salam semua... (^_^)

This morning, i dapat nasi lemak + cucur udang free.
Jangan jealous naaa... Huhuhu..

Kawan my Mum yang jual kueh tepi jalan masuk kawasan taman perumahan i ni yang bagi.
p/s Thanks ea Cik Ani. Laen kali bagi lagi tau.. Kikiki..

Dari pagi tadi i sibuk dengan kerja. Lepas satu kes, ke satu kes yang lain. Costumer datang kena layan and kerja-kerja kena tinggal. After dah settle hal ngan costumer baru leh siapkan kerja lagi.

Ni dah tengah ai camni, baru i dapat rest sikit. And baru teringat akan makanan free yang i dapat tadi. Hehehe..

Jemput makan, semua..
Nyum, nyum, nyum.......sedapnyerr... Huhuhu..

Tadi malam tengok cite kat tb 3.
Slot terbaru Seram, Penunggu Gunung Raya.
Pelakon utama : Azizan Nin sbg Azam
Emelda Rosmila sbg Intan
Fouziah Gous sbg Mas
and lagi sorang pelakon yang pegang watak Omar tu, i tak sure nama dia. Anybody yang tau, hope dapat imform pada i ye..

Jalan cerita berkisar tentang 4 orang yang berlainan (watak-watak diatas) yang mendapat mimpi yang sama selama 3 minggu berturut-turut. Mimpi tu tentang sebuah perigi, kawasan hutan dan sebuah pokok tua.

First sekali, Azam.

Dia ni seorang penulis. Sejak akhir-akhir ni, tidur dia ni sentiasa diganggu dengan mimpi-mimpi yang menakutkan. Berlarutan selama 3 minggu. And dia diganggu oleh makhluk seorang wanita yang i sendiri tak berapa pasti siapa wanita tu, apa hubungan dia dengan Azam and kenapa dia ganggu Azam. P dia panggil Azam, Honey..

Erm......

Akibat tidak tahan diganggu, Azam telah pergi bertemu dengan seseorang yang pandai dalam hal-hal gangguan ni. Sampai je, dia terus ceritakan apa yang berlaku. And, anehnya orang yang dia jumpa tu, tahu akan apa yang terjadi pada si Azam ni.
Masa dia pegang tangan Azam, dia boleh nampak semua yang ada dalam mimpi si Azam ni. Dengan rasa ketakutan, dia bagitahu Azam bahawa Azam ni berada dalam bahaya. Selain dia ada 3 orang lagi yang turut terlibat.

Dalam keadaan yang kelam kabut tu, tiba-tiba je muncul makhluk wanita yang menggangu Azam ni. Orang yang cuba bantu Azam ni, cepat-cepat suruh Azam pandang dia. And dia ambil segelas air dan bacakan sesuatu ke atas air tu.Lepas tu, dia semburkan air tadi pada Azam. Tapi, yang kelihatan hanyalah darah. Masa keadaan tengah panik tu, orang tu suruh Azam lari. Azam lari and i pun tak tahu apa yang terjadi pada orang yang cuba bantu Azam tuh.

Secondly, Intan.

Dia ni baru je mendirikan rumahtangga. Macam Azam, dia pun diganggu oleh mimpi yang sama selama 3 minggu sudah. Husband si Intan ni nasihatkan Intan ni, bahawa mimpi tu semua adalah mainan tidur dan gangguan syaitan. Sebab terlalu takut, Intan ni jadi bengang. Dia tanya pada suami dia. Kalau gangguan syaitan, kenapa syaitan nak ganggu dia. Husband dia ni yang memang seorang yang tahu akan bab-bab agama, cuba menenangkan si Intan ni.

Keesokkan harinya, Intan ngan husband dia ni keluar. Nak g mana, i tak tahu. P deorang parking berhenti kat tepi jalan sebab husband dia nak keluarkan duit.
Sebelum husband dia keluar je dari kereta, Intan ni ada cakap kat husband dia supaya tak tinggalkan dia. Namun, tak sangka.. lepas je husband dia dah keluarkan duit, masa nak jalan g kat kereta, husband dia kena ragut and peragut tu kelar leher husband dia.

Masa kat hospital, Intan ni ditegur oleh seorang makcik yang duduk kat sebelah katil dia. Makcik tu kata dia dalam bahaya. Dia tanya makcik tu, macammana makcik tahu. And makcik tu cakap, 'dia' yang bagitahu sambil menunjukkan ke arah dinding. Bila si Intan ni toleh je arah yang makcik tu tunjuk tadi, terkejut dia sebab ada satu makhluk menakutkan sedang pandang ke arah dia. Terus dia menjerit dan lari keluar dari bilik hospital tu. Doktor yang menyedari situasi tu, terus datang ke arah Intan dan cuba tenangkan dia. Masa doktor tu bawak si Intan ni balik kat katil dia semula, lagi sekali dia terkejut sebab katil kat sebelah katil dia tadi yang ada makcik tu, sebenarnya kosong tak de orang pun. Intan ni mulalah meraung minta supaya dihantar balik. P doktor ni terus suntik ubat penenang untuk tidurkan si Intan ni.

Thirdly, Omar.


Omar ni selalu buat panggilan kat Azam. Tujuan dia supaya Azam datang kepada dia. Satu hari, Azam datang berjumpa dengan si Omar ni. Mula-mula dia marah. P selepas Omar terangkan kenapa dan mengapa, barulah Azam tahu yang Omar ni pun kena kacau jugak macam dia. Omar bagitahu yang selain dia dan Azam, ada lagi dua orang perempuan yang diganggu perkara yang sama jugak.
Azam tegur si Omar ni sebab dia asyik batuk-batuk dan batuk dia mengeluarkan darah. And Omar ni bagitahu dia jadi macam ni selepas diganggu oleh mahkluk yang mengganggu mereka.

Tiba-tiba Omar ni muntah dan mengeluarkan cecair berserta ulat. Azam jadi terkejut sangat and lepas tu baru dia semakin yakin ngan kata-kata Omar.


Fourdly, Mas.

Mas ni sedang melarikan diri atas sebab dia ni dah bunuh kekasih dia iaitu seorang datuk. Sebabkan rasa takut, dia cuba melarikan diri. Sampai di satu kampung, dia diganggu oleh seorang lelaki. P mujurlah ada seorang pakcik ni yang selamatkan dia dengan berpura-pura seolah-olah kenal dengan si Mas ni. Oleh kerana merasa yang pakcik tu boleh dipercayai, Mas pun mengambil keputusan untuk menumpang lori pakcik ni lari ke tempat lain. Pakcik ni setuju untuk bawa dia sekali sebab kebetulan pakcik ni nak g Butterworth.

Masa dalam perjalanan, keluar berita tentang pembunuhan seorang datuk melalui radio lori pakcik tu. Pakcik tu cuba untuk berbual-bual ngan si Mas ni tentang berita tu. P si Mas ni ambil endah tak endah. Atas sebab tak nak pakcik tu tahu bahawa dialah orang yang sedang dicari polis berhubung kes pembunuhan datuk tu, dia pun terus tutp radio lori pakcik tu and tidur.

Melihatkan tu, pakcik ni pun mula syak sesuatu yang tak kena.Masa Mas ni tidur, pakcik tu telefon seseorang. Sedar je dari tidur dia, Mas terkejut sebab kaki ngan tangannya telah diikat. Dia meronta minta dilepaskan. Kemudian datang seorang lelaki bersama pakcik tu. Dengan selamba, pakcik tu pun kata yang dia tahu yang Mas lah orang yang telah membunuh datuk yang dimaksudkan melalui radio tadi. Mas panik. Lelaki yang bersama pakcik tu hulurkan bungkusan berisi wang dan lepas tu pakcik tu pergi

Mas ingatkan lelaki tu adalah ahli keluarga datuk yang dia bunuh tu. Rupa-rupanya, lelaki tu adalah Omar. Omar membawa Mas ke tempatnya dan menceritakan tentang kaitan antara mereka. Dalam masa yang sama juga, Azam sampai dengan membawa Intan. Intan ni, Azam culik masa dia ngah kat hospital tadi lepas doktor yang merawat Intan ni bagi ubat penenang pada dia.

Bila semuanya ada, Omar pun ceritakan kaitan antara mereka berempat serta mimpi yang sering menghantui tidur mereka.

And then...... to be Continued..
Hohoho..


Hui, panjang lebar i ceritakan tentang apa yang i tengok dalam episod 1 Penunggu Gunung Raya ni.. Huhuhu.

Cite ni i rasa memang best. Kualiti dia dah macam filem. i yang memang sedia maklum minat cerita-cerita macam ni apalagai, makin seronok and feel la layan cerita ni. Hehehe.. Tak sabar neh nak tunggu sambungan dia Khamis minggu depan. u all nak tahu sinopsis cite nih?? Ok, let's read..

**************************************************
Mengisahkan sebuah mimpi misteri yang sering menghantui empat individu, Azam, Intan, Mas dan Omar yang sebenarnya terikat dengan kisah silam masing-masing. Kisah bermula dengan Azam (Zizan Nin) seorang penulis novel seram yang terkenal tetapi kehidupannya kusut akibat sering diganggu oleh jelmaan bekas teman wanita yang telah membunuh diri kerana terlalu kecewa selepas putus cinta dengannya. Intan (Emelda Rosmila) pula seorang janda muda yang baru kematian suami dalam sebuah kemalangan jalanraya dan dirundung resah gelisah kerana merasakan kandungannya bukan anak manusia. Manakala Mas (Fouziah Gous) pula diburu rasa ketakutan dan bersalah setelah membunuh kekasihnya, Datuk Kadir. Hidup Mas pada dasarnya nampak bahagia kerana dilimpahi kemewahan selepas menjadi perempuan simpanan ahli perniagaan berjaya. Namun, hatinya sentiasa tertekan lantas mengambil tindakan drastik dengan membunuh kekasihnya sendiri. Berbeza pula dengan Omar (Sahee. D), seorang pemaju hartanah yang hanya mementingkan keuntungan dan sanggup membuat apa sahaja untuk mencari kekayaan. Malangnya, Omar terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sejak cuba menerokai kawsan di Kampung Gunung Raya. Mimpi-mimpi aneh inilah yang akan menyatukan kembali empat sahabat yang sudah lama terpisah hingga pulang ke Kampung Gunung Raya. Ketika masih kanak-kanak, mereka berempat selalu dibuli oleh anak ketua kampung, Dayak (Atta Imran). Suatu hari, mereka memperdayakan Dayak ke perigi berhantu yang terletak di tengah hutan. Dayak terjatuh dan mati. Tanpa diketahui, darah Dayak telah membebaskan iblis iaitu Penunggu Gunung Raya yang dikurung dalam peti kuno di bawah perigi. Atas tunjuk ajar Lebai Awang (Rahhim Omar), mereka berjaya menumpaskan iblis tersebut. Namun, hasil daripada kejadian tersebut telah menyebabkan mereka hilang ingatan dan dihantar ke bandar bagi memulakan kehidupan baru. Namun, Tok Sumun (Rosli Sako) berasa sangsi akan kematian anaknya dan mahu menuntut bela. Maka, Tok Sumun telah menyeru kepada Penunggu Gunung Raya untuk terus mengganggu pembunuh anaknya. Setelah sekian lama, Azam, Intan, Mas dan Omar kini merasakan nyawa mereka terancam selain diburu rasa ketakutan atas dosa yang dilakukan. Segala misteri dan rahsia asal usul mereka bakal terungkai. Siapakah Lebai Awang sebenarnya dan apakah dendamnya dengan Mak Leha (Ibu Aida) yang telah mengasaskan Kampung Gunung Raya? Haa..tulah cite kosong yang i nak share with u all.
Hehehe..
Daaaaaaaaaa.......



best regards,

Selasa, 16 Februari 2010

...++ Hati Yang Sedih ++...

14 Februari 2010
...<<<>>>...

Apa ada pada tarikh tu?

Erm, to me..tak ada apa-apa yang menarik pun kat tarikh tu..
Its not my date of birthday and bukan jugak tarikh penting for me & my Pian.

Tahun-tahun lepas, tarikh tu biasa je. Tak de something special pun yang berlaku.

But this year...?????

Something was happen!!!

And i'm so sad about that....

**************************************************

15 Februari 2010
...<<<>>>...

Apa yang dah berlaku??
Tanya seorang kawan.

Tak ade apa-apalah...
i jawab hambar.

Kalau tak de apa-apa takkan lah ko tetibe nak sedih??
Dia hairan.

Ntahlah...
Reaksi and nada i tetap sama.

Last-last, dia diam sendiri. Lantas, mengambil keputusan untuk pergi and tinggalkan i sendiri kat suatu tempat bersama dengan kesedihan i yang dia tak tahu sebabnya.

i mengeluh lemah. Dalam hati berkata....

Kenapa mesti macam tuh....???!!

**************************************************

14 Februari 2010
...<<<>>>...

Lebih kurang jam 0930pm. Selepas Isyak.

Tetamu yang dinantikan tiba dengan dua buah kereta. Serentak dengan itu, Abah pun sampai, baru pulang dari Kenduri.

Hati i dah rasa tak keruan. Berdebar-debar. i keluar dari rumah untuk sambut kedatangan tetamu yang memang dialu-alukan.

Jumlah yang hadir adalah 5 orang.

Dalam kegelapan malam yang tak berapa nak gelap tu jugak, i tengok my Pian. Dia senyum je.
He come to me and ask me, Ma okey?

i senyum balik pada dia and i jawab, Insya-Allah, Pa...

i melangkah masuk ke dalam rumah and tinggalkan dia sendiri diluar.

( Di ruang tamu rumah teres dua tingkat )

Riuh rendah suara Emak ngan Abah berbual dengan mak, abang and bakal kakak ipar my Pian. Dari satu cerita, berganjak ke satu cerita. i kat ruang tengah rumah menunggu dengan penuh debaran.

Kenapalah pergi cerita hal lain, straight to the point terus kan senang..
i bersungut dalam hati.

Num, hidangkan air..
Mak tiba-tiba bersuara memanggil i.

Pantas, i bangun mengangkat dulang berisi air yang dah tersedia dan menghidangkannya dihadapan keluarga my Pian.

Kemudian, i kembali semula ke ruang tengah rumah.

15 minit berlalu, and tibalah saatnya ke tujuan sebenar kedatangan my Pian's family. Abang Alam, my Pian's brother mula bersuara.

Kata-kata demi kata-kata diluahkan.
Pandangan dan pendapat bertalu-talu disuarakan.

And Abah tak diam macam tu je.

Dengan tegas, abah lontarkan pendirian abah.
Satu persatu yang ingin dikatakan abah hujahkan.

Serangan balas cuba dilakukan, tapi.. perisai Abah lagi kental.
Abah tetap dengan kata-katanya.
Dan masa tu, tak de siapa pun yang boleh lawan Abah.
Bukan Abah tak ada budi bicara, tapi pada Abah, apa yang Abah lakukan itu adalah betul untuk anak Abah yang sorang ni...its Me....!!

Akhirnya, keputusan sepakat dicapai.

my Pian and Me akan dinikahkan terlebih dahulu sementara wedding kami akan ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan dinyatakan kelak. Its all because..... (its my secret)

Dengan lemah, i mengeluh..

Tangguh jugaklah nampaknyerrr..
Suara hati kecil i.

P tak apa-apalah, janji we akan dinikahkan dahulu..
i pujuk sendiri hati yang sedih ni.

my Pian and his family berangkat pulang setelah menjamah hidangan ringan yang Emak and i sediakan. Tak lupa jugak, i bekalkan hidangan tu untuk my Pian bawa balik.

**************************************************

Berakhir sudah kisah pada malam 14 Februari 2010.

Hari ni, 16 Februari 2010.

Hati ini masih sedih. Why??

Majlis kami sepatutnya dilangsungkan pada June ini. Iaitu after 1 year kami bertunang. P, atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan, my Pian's family mohon untuk ditangguhkan.

i jadi sedih. Rasa nak marah, bengang semua ada.

Keesokkan harinya, i berselisih faham with my Pian. Salah i ke??
my Pian cakap i kepala batu, degil.
P i buat tak tahu je ngan kata-kata dia tu. And, untuk menunjukkan rasa marah i, i off my phone. Dari pagi sampai ke petang i tak on handphone tu.

Sampailah dekat nak Maghrib, my Pian call handphone Emak cari i.
i jawab lemah. Lembut je suara dia kat talian.

Nak pujuklah tu..
Bisik hati kecil i.

**************************************************

Erm, setelah itu..ada persoalan yang timbul kat fikiran i.

1. Adakah i terlalu mementingkan diri i sendiri?

2. Apakah i tak cuba untuk memahami dia?

Ntahlah....

Yang i tahu adalah, i nak cepatkan pernikahan sekaligus majlis persandingan kami kerana :

1. i tak nak Emak ngan Abah risaukan i lagi bila tiap kali i keluar ngan my Pian and balik lambat.

2. i tak nak Emak ngan Abah susah hati lagi bila tengok i susah hati tiap kali i ada perselisihan faham ngan my Pian.

3. i tak nak susahkan Emak ngan Abah lagi sebab Emak ngan Abah dah banyak berkorban untuk hidup i.

And...banyak sebab lagi kenapa i rasa marah.

P tak apa-apalah kan, sekurang-kurangnya, walaupun majlis kami akan dilangsungkan lewat. P kami tetap akan dinikahkan dahulu mengikut seperti apa yang dirancangkan.

Alhamdulillah....
Hati i lega.

best regards,

Jumaat, 12 Februari 2010

...++ Him ++...


Hii all...

how are you, today? i hope u all sihat2 sejahtera je k disamping yang tersayang..(ops ! siapa 2..?..huhuhu) family and your lovely friends.

Today, i want to introduce my Pian to u all.. u all dah tengok pic kat atas 2 kan?? haaa, itulah dia my Pian.. Eapp, tak leh tengok lame2.. he is my mine, ok.. hahaha..

Okey..

Nama Penuh :
Mohd Sofian Bin Samingan

Tarikh Lahir :
March 16, 198..... (u all tak leh tau, secret..huhuhu..)

Adik Beradik :
Dipanggil Adik daripada 10 orang adik beradik and dia ni tersangatlah manja with his mum. Jealous i kadang-kadang tau..

Agama :
Islam

Keturunan :
Melayu

Jantina :
Of course la lelaki coz i perempuan

Berat & Ketinggian :
i tak sure, p yang pastinya lebih berat and lebih tinggi daripada i

Hobi :
like me, suke jalan-jalan.. dialah pemandu peribadi i..hohoho..

Cita-cita :
itu secret.. (kata dia tiap kali i tanya..geramnyerr...! tanya cita2 pown tak nak bagitau, kedekut !)

Pekerjaan Sekarang :
Seorang pekerja yang berdedikasi dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad. Erm, let me think...dedikasi ke.....? huhuhu...
p/s ** Pa, Ma nak seat tempat tidur ea lau Pa nak bawak Ma jalan2 naek ketapi..hihihi..

My Pian adalah seorang yang baik, berfikiran matang, sangat-sangat penyayang, terlalu mengambil berat akan hal i and yang terlalu penting kat sini adalah, he luv me sO much, ok....

Haa, i rasa cukup la takat ni je u all tau pasal dia k. Selebihnyerr, biar i sorang je yang tahu..huhuhu...
p/s ** Luv him sO much, much and much......


best regards,


...++ its Me, Anum ++...


Hii all..

Firstly, i nak ucap terima kasih kat u all yang sudi singgah and baca en3 kat blog baru i ni..

Ok, let me introduce my self..
Bagi yang dah baca pengenalan kat atas 2, mesti dah tau my full name, right? P xpe, i nyatakan semula lam short bio i kat bawah ni..

Nama Penuh :
Norsitianum binti Noor Wahid

Tarikh Lahir :
11 Ogos 1986

Tempat Lahir :
Dalam bilik utama rumah atok belah emak kat Kampung Paya Palembang, Simpang Rengam, Kluang, Johor

Jantina :
Dah nama pun binti, of course lah perempuan kan..?

Adik Beradik :
2 daripada 5 orang yang semuanya adr perangai tersendiri

Yang Dah Adr anak 2 :
Nor Marzia Binti Noor Wahid

Yang Dah Nak Kawen :
Huhuhu..++ its Me lah +...

Yang Tak Berapa Nak Serius :
Mohamad Hanif Bin Noor Wahid

Yang Suke Main2 :
Nur Farain Binti Noor Wahid

Yang Baru Nak Naik :
Mohamad Asraf Bin Noor Wahid

My Big BOss :
Koperal (B) Encik Noor Wahid Bin Parto

My Madam :
Puan Siti Salmiah Binti Samsuri

Agama :
Islam

Keturunan :
Melayu (Jawa)

Ketinggian & Berat :
Alamak, dah lama lah tak ukur ngan timbang.. P body still maintain, ok..

Makanan Kegemaran :
Lau g makan kat lua, selalu order mee hun sup + telur mata @ nasi ayam + telur mata @ meggi goreng + telur mata, @ nasi putih, tomyam campur, udang tepung + telur mata..Agak2 apa yang i selalu makan erk?

Minuman Kegemaran :
Dah dapat makanan kat atas tu, tak sah lau tak de orange juice @ pineapple juice

Warna Kegemaran :
White coz putih itu suci

Sekolah & Pendidikan :
Mendapat didikan awal di Sek Tadika Kampung Mohd Amin, Simpang Rengam, Johor. Pas 2, abah kena transfer ke Jay Bee and melanjutkan pelajaran di peringkat rendah di Sek Keb Angkatan Tentera, Jay Bee. Naik sekolah menengah, my first school is Sek Men Keb Majidee Baru, Jay Bee (Lau tak silap, nama sekolah ni dah tukar. P i tak sure pe nama baru dia). Lepas pencen, abah wat keputusan tok balik kampung. So, berpindahlah my family and i ke Simpang Rengam, Johor. i didaftarkan ke Sek Men Keb Simpang Rengam. P naik form 4, i bertukar sekolah lagi and kali ni ke Sekolah Menengah Teknik Kluang. After i tamat form 5, i dapat offer untuk further study ke tingkatan 6 and bersekolahlah i di Sek Men Keb Dato' Haji Hassan Yunus, Rengam coz i accept offer 2. Selesai je semua kisah i di institusi pendidikan yang dipanggil sekolah, i sambung study lagi kat Masterskill College of Nursing & Health, Cheras (skang dah naek taraf jadi U) p sayangnyer, atas reason2 yang memang i tak dapat nak elakkan, i terpaksa stop selepas hampir 1 tahun lebih kat sana.

p/s ** erm, adr sape2 yang pernah 1 sekolah ngan i x??

Pekerjaan Sekarang :
Clerk in Tan Mui Hwa (Agent for Kurnia Insurans (M) Berhad)

Hobi :
* i suke tengok tb. (lau kat rumah, selagi boleh..i je nak conquer dok kat depan tb..huhuhu..)
* i suke gak belek-belek katalog yang jual barangan perempuan. (P tak selalu beli pown. Cuci mata je..hehehe.. Mak i selalu bising sebab i pinjam katalog, letak kat rumah lama-lama tapi tak beli..)
* i suke keluar g jalan-jalan. (lau kate adr cuti je, dekat2 nak cuti pale i mesti dah terfikir2 dah nak g jalan kat mana.. Selalu my Pian la yang letih nak melayan kerenah i, p..eleh, i tau dia pun suke gak lau bab jalan-jalan neh..hahaha..)
* Paling best, i suke tengok or perhati gelagat manusia yang adr kat sekeliling i ni.. (dari situ, i belajar abaout life.....)

Cita-Cita :
Dulu masa kanak-kanak, i banyak cita-cita. P skang.... erm, adr ag ke erk?

Suka :
Holiday, Laut, senang cakap... anything about PERCUTIAN..!!!

Benci :
Kena marah tak tentu pasal, perkara yang buat i sakit hati..makan hati, something yang membosankan, orang yang asyik kata diri dia je betul and orang yang tak mengaku lau salah dia.. (erm, banyak lagi sebenarnya..p i rasa tak patut lak lau tulis banyak2 coz tak semua orang 2 perfect, right...??

Impian Masa Depan :
Lau boleh, i nak miliki semua yang i selalu angan-angankan since i kecil sampai i dah besar camneh..hehehe..

Matlamat Terdekat :
i nak sediakan yang terbaek and hasilkan something yang perfect masa wedding i nanti

Matlamat Jangka Panjang :
Nak hidup senang with my future husband, Pian. Hidup bahagia forever..

Ok, i think cukuplah setakat ni je kot..hehehe.. At least, u all dah kenal i tak banyak p sikit je pun tak ape2kan..huhuhu.. i seorang yang happy bila i betul2 enjoy with my life but, i jugak boleh jadi seorang yang sangat pendiam when my life sedang dilanda masalah.

Erm, sometimes orang yang memang kenal i pun susah nak baca i ni caner sebenarnyerr..
P i don't care about that, yg penting pada i..my Pian cukup-cukup memahami i..

That's why la i luv him sOOO much...


best regards,